NOVEMBER 2023

SABATI Terima RM 1.3 Juta Untuk Kerja Amal


KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan Majlis Perasmian Galeri Laila di Wisma SABATI di sini, pada Ahad.

Terdahulu, Premier dan isteri melawat galeri baharu di Wisma SABATI itu dinamakan Galeri Laila sebagai pengormatan kepada pengasas dan Presiden Pertama SABATI Datuk Patinggi (Dr) Laila Taib.

Ketika berucap di majlis berkenaan, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) memberi sumbangan sebanyak RM1.3 juta kepada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) untuk kerja-kerja amal. RM1 juta disumbangkan oleh PETROS, manakala kerajaan Sarawak menyumbangkan RM300,000.

Menurutnya, sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan oleh SABATI untuk meneruskan kerja-kerja amal dalam membantu golongan yang memerlukan di Sarawak.

“Sekiranya Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bekerjasama dengan SABATI dari segi kesihatan, RM1 juta daripada PETROS ini boleh digunakan oleh badan amal ini untuk membantu pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, keputusan untuk menyalurkan RM300,000 kepada SABATI khususnya dibuat selepas perbincangan dengan ahli-ahli kabinet Sarawak yang hadir semasa majlis perasmian tersebut.

Hadir sama, tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta isteri Datin Amar Dato Doreen Mayang, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian serta isteri  Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar serta isteri Dato Fatimah Mohd Iskandar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri  Datin Amar Baduyah Bujang, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak serta dif-dif kenamaan yang lain. 

Sumber dari : Sarawakku